Biasanya soalan ini bermain di kepala setiap pengamal
pemakanan tambahan, terutama bagi yang baru mengamalkannya. Biasanya saya
mencadangkan agar pengambilan vitamin pada sebelah malam (Selepas makan malam)
bagi memudahkan. Maklum, tidak semua orang sentiasa ingat untuk menelan vitamin
pada masa2 yang berbeza. Rule of thumb ialah, badan lebih mudah menyerap
nutrient pada waktu malam (waktu tidur).
Walau bagaimanapun, terdapat general rule dalam pengambilan
vitamin, sebagai panduan buat semua:
VITAMIN LARUT AIR (B dan C) : Seeloknya diambil bersama
segelas air dan elakkan pengambilan bersama makanan berlemak/berminyak.
VITAMIN LARUT LEMAK (A,D,E,K) : Vitamin larut lemak
memerlukan lemak untuk memudahkan penyerapan. Sebaiknya diambil selepas anda
mengambil makanan berlemak/berminyak.
Ostematrix (Kalsium) : Seeloknya diambil bersama minuman
bersusu, atau diambil sebelum tidur. Sebagaimana susu dikatakan sebagai minuman
untuk membantu kita tidur, kalsium dikatakan ada fungsi yang sama.
Lecithin : Diambil bersama2 vitamin larut lemak lain.
APA YANG TIDAK DIGALAKKAN?
Mengambil alfalfa bersama-sama vitamin E kerana ia boleh
mengganggu penyerapan alfalfa.
Mengambil supplement zat besi (Iron) bersama-sama Ostematrix
kerana zat besi boleh mengganggu penyerapan kalsium. Walau bagaimanapun kini
zat besi sudah dilengkapi bersama2 VitaLea. Oleh itu jika boleh, ambil
kedua2nya pada masa berlainan untuk mengelakkan gangguan penyerapan di antara
kedua-duanya.
Pengambilan vitamin disarankan pada waktu selepas makan bagi
membantu penyerapan. Ambillah vitamin & mineral dalam kadar yang telah
dicadangkan, kerana pengambilan vitamin/mineral yang berlebihan, terutama
vitamin larut lemak boleh membahayakan kesihatan kerana ia disimpan di dalam
badan dan boleh menjadi toksik.
Elakkan pengambilan multvitamin yang mengandungi zat besi
diambil bersama minuman tenusu seperti susu kerana ia akan mengurangkan
eficiency penyerapan zat besi oleh tubuh kita.
Sekiranya anda merasakan praktik anda mengambil vitamin
sekarang tidak mendatangkan kesan yang memuaskan, anda boleh cuba mengambilnya
mengikut cadangan di atas. Walau bagaimanapun, ia bukanlah muktamad dan masih
bergantung kepada tubuh badan kita.
Bagi kemudahan panduan terutama yang baru mendapatkan
vitamin pesanan anda, kalian boleh mencuba saranan ini :
Selepas sarapan pagi : Vitalea dan B complex
In between sarapan dan makan tengari : segelas minuman
bancuhan bersama ESP
Selepas makan tengahari : Vitamin C dan Alfalfa
In between makan tengahari dan makan malam : segelas minuman
bancuhan bersama ESP
Selepas makan malam : kalsium , vitamin E dan Omega (jika
ada)
Bagi yang mengambil lecitihin dan alfalfa pakej penuh :
Lecithin dan Alfalfa
boleh diambil 2 biji sebelum (bagi Lecithin dan mereka yang berdiet)
ataupun selepas makan untuk setiap meal utama iaitu selepas makan pagi,
tengahari dan makan malam.
Hubungi Jaja untuk dapatkan konsultasi PERCUMA serta
tip-tips dan cara pengambilan vitamin yang betul dan tepat untuk korang. Setiap
pembelian akan mendapat HARGA ISTIMEWA dari Jaja:)
I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Fariza bt Marlan
ID No. 955988
♥
SMS/WhatsApp : 012-2188414
♥
Email : farizamarlan@gmail.com
♥
http://lovelyjaja.blogspot.com/
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat,
menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Yang Comel,
Jaja..:)
No comments:
Post a Comment